Tuesday, February 14, 2012

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2012

Kursus kepimpinan pengawas dilaksanakan pada 4 Februari 2012, Sabtu. Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk memahami tanggungjawab sebagai pengawas pusat sumber sekolah. Selain itu kursus ini dapat membentuk pengawas pusat sumber sekolah yang berilmu, kreatif  dan berdisiplin untuk membantu sahsiah murid supaya dapat memainkan peranan positif.

Sunday, February 12, 2012

WATIKAH PENGAWAS SEKOLAH SKPA 2012

Watikah pelantikan pengawas 2012 telah dilaksanakan pada 12 Februari 2012. Penyampaian sijil watikah telah diserahkan oleh Pn. Fosiyah Bt Md. Din selaku Penolong Kanan SKPA.

PELANCARAN NILAM 2012

Pelancaran NILAM telah dilaksanakan pada12 Februari 2012 semasa perhimpunan pagi Ahad yang lalu. Puan Fosiyah Bt Md. Din selaku Penolong Kanan SKPA telah dijemput untuk merasmikan pelancaran NILAM 2012.